Nadi Mahir (Sls) Pouch Bag Comel

23 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2026, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu “Pouch Bag Comel” di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 11.15 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta akan mempelajari cara menghasilkan pouch bag comel dalam pelbagai saiz melalui modul ini. Pembelajaran merangkumi keseluruhan proses bermula daripada menanda, menggunting, hingga menjahit pouch bag dengan kemas. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan idea dan potensi untuk menjadikan produk ini sebagai peluang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali